Kini dah Ramadhan 1432 Hijrah, tahun 2011 masihi..
Tapi masih teringat-ingat peristiwa manis dan pahit pada Ramadhan 1431 yang lepas.. Apa yg manis? Dua (2) minggu sebelum Aidilfitri, I got the job offer (Where I am now). Then, a week after that, Ayahanda pulak demam.. Sekali dengan lenguh2 badan.. Pergi klinik A, doktor hanya bagi ubat demam & antibiotik.. Ingatkan demam biasa, sebab penangan mengemas rumah sendiri dan umah atok (nak raya kan).. Tapi demam + lenguh2 tak hilang jugak.. Dua minggu kemudian (Lepas raya), mula naik merah2 kat betis/lengan.. Terus pegi klinik B.. Doktor klinik tu sarankan suh pegi klinik kesihatan untuk check darah. Bermula dari situ la, terus beliau kene tahan, masuk air. He was suspected to have DENGUE! Perhhh.. Beliau sangat jarang sakit.. Bila terkene, memang sangat2 tersentak.. Waktu kene tahan tu, dengan baju kerjanya (tak ambil cuti raya pon), dikerjakan ke Hospital Dungun, dan malam tu terus ke Hospital Besar Kuala Terengganu pulak..
15 September 2011
Platlet sangat-sangat rendah.. Bawah 100 kalo tak silap.. Hampeh tol doktor klinik A.. Selama mana di hospital, segala petua ditelan.. Yelaa.. nak cepat baik.. Dari minum air banyak2, 100plus dan hirup sup ketam.. cari jelly kelapa, sampai sudah tak jumpe.. Alhamdulillah.. Hari ke hari, platlet mula naik, dan setelah 2 malam di hospital, 17 September 2011, doktor dah bagi kebenaran untuk pulang ke rumah..
Dan lagi, hari tu jugakla adik pon kene demam! bonda dah naik sebak.. Apatah lagi aku.. Dah la minggu selepas tu UPSR (memang jawab UPSR dengan mata kuyu laa).. Memang aku terus bawak die pegi check darah.. Takot ade denggi jugak.. Alhamdulillah, darah budak tembam tu (susah nak cari urat darah die ni) normal..
Alhamdulillah... Hingga kini, Ayahanda dah sihat seperti biasa.. Tapi, waktu ni lah aku belajar tidur kat hospital (waktu kecik dah pernah, tapi kecik sangat lg).. Dulu diorg jaga aku (due kali masok hospital sbb demam panas), skrg la waktunya aku jaga diorg pulak.. Oleh itu, hargai dan jagai lah ibu bapa kita selagi mereka masih sihat, kalo dah tak sihat tu, lagi laa nak kene jaga kan?
Peringatan kepada semua, jagalah kesihatan, jangan derma darah kat nyamuk (dermalah kat Pusat Darah Negara lagi baik), sentiasa pasang ubat nyamuk bila nak tidur, dan sentiasa pastikan persekitaran rumah bersih dan tiada air bertakungan..

Empat (4) botol air beratur menunggu untuk dimasukkan ke badan Ayahanda
8.38 pagi, 17 September 2011
Lokasi: Hospital Sultanah Nur Zahirah.





